Search This Blog

klik sekali dapat duit sekali.. :)

jom klik lagi.. :D

http://www.churpchurp.com/nwarismail/share/churpchurp-invite

Sunday 8 July 2012

Putus Asa :)

Biar bulan bicara sendiri.... Assalamualaikum pada yang masih berjaga hehe tika ada yang terlena dibuai mimpi indah,aku dan roomate masih berjaga sebab tak boleh tidur(sebab dah tidur tadi jap). 

Ikutkan hati tak tahu pon coret pasal apa hehe tapi biarlah saje suka suka kan...tak ada orang nak baca pon xpew lah.... 

So tajuk malam ni,Putus Asa yang mana kebanyakan orang akan merasainya(bagi aku lah) tapi mungkin ada sebilangan orang yang tak akan merasainya disebabkan takdir dari Allah.... semua kan kuasa Allah..betul x??? 





Rasa putus asa terjadi apabila seseorang itu mengalami suatu perkara yang teruk atau kegagalan yang berterusan dan menerima impak yang besar akibat sesuatu perkara dan menyebabkan rasa putus asa itu datang dalam setiap hal perkara yang mana menyebabkan individu itu merasakan tidak ada peluang untuknya memperoleh kejayaan walaupun dari sudut mana sekalipun.

Tapi!!! point utama kat sini adalah kenapa perlu rasa putus asa???
Kenapa kita ragu ragu dengan aturan Allah...???
Untuk bercakap soal ini aku tidak layak namun ingin berkongsi dengan pengalaman,kadang kadang  manusia mengharapkan sesuatu yang tinggi sedangkan usahanya terlalu sedikit namun ada jua yang berusaha keras namun tidak mendapat hasil yang setimpal..

Perlu di ingat sahabatku sekalian,Allah itu Maha Mengetahui akan setiap sesuatu perkara,kita sebgai hamba perlu berusaha,berdoa,beribadah dan bertawakal kepadaNya.Tidak perlu putus asa andai ada sesuatu perkara yang kita hajati tidak tercapai sedangkan kita meletakkan setinggi usaha tetapi kita perlu bersyukur kerana Allah ingin kita terus berusaha untuk melakukan sesuatu yang lebih baik...

Begitu juga dengan doa,setiap perkara yang kita minta dengan Allah,tidak semestinya akan dimakbulkan secara terus...ianya akan disampaikan dengan pelbagai bentuk rezeki yang Allah kehendaki...:) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...